Flash website vs CSS website
Kami memang telah sinonim dengan flash sejak daripada di universiti (Multimedia University) lagi. Banyak rakan-rakan yang merecommendkan kami kepada client sekiranya terdapat job untuk membuat flash website. Tidak hairan bagi kami bila apa yang biasa diminta oleh client adalah full flash website. Ini kerana telah menjadi satu persepsi di malaysia bahawa flash based website mempunyai “X-factor”. Dahulu kami juga berfikiran seperti itu sehinggalah kami di final year apabila kami menjalani internship di Josh Lim & Associates dan bertemu dengan firdauz (kini bekerja di Nuffnang) yang memperkenalkan kami kepada CSS.
CSS dan SEO
Cascading Style Sheets atau CSS yang sinonim dengan XHTML mempunyai kelebihan ke atas flash based website adalah dari sudut SEO (Search Engine Optimization) nya. SEO adalah satu istilah yang digunakan untuk menerangkan keberkesanan website tersebut untuk disearch melalui search engine. Secara ringkasnya, sekiranya sesebuah website mempunyai SEO yang baik, ia akan disenaraikan di muka pertama search engine.
seperti Google dan search engine yang lain, ia akan melihat sesebuah website melalui generated source code nya, yang mana search engine akan mengimbas content page serta link-link yang terdapat di dalam page tersebut. Melalui cara inilah search engine akan menyenaraikan website tersebut di dalam result search yang dilakukan. Malangnya, ini tidak dapat dilakukan di dalam flash based website yang mana contentnya telah pun di compile menjadi satu swf file. Search engine tidak dapat mengimbas text-text dan link-link yang ada di dalam swf tersebut.Oleh kerana itulah content kepada flash based website susah untuk disenaraikan di dalam search engine. Namun, tidak semua XHTML/CSS website adalah SEO. Untuk menjadikan sesebuah website itu SEO, developer harus mendalami dan memahami cara search engine meletakkan ranking semasa process searching.
Website tanpa SEO
Apabila sesebuah syarikat ingin membina sebuah website, websitenya adalah tidak mencapai objektif sekiranya website tersebut adalah tidak mempunyai SEO yang baik. Harus kita fahami, apabila seseorang ingin mencari sesuatu product di dalam internet, mereka tidak mengetahui akan alamat2 laman web yang mempunyai product yang dicari. Oleh itu, mereka akan search pada search engine. Oleh itu, sekiranya website tersebut tidak mempunyai SEO yang baik, website tersebut adalah sia-sia dan tidak efektif bagi meningkatkan perniagaan client tersebut.
Flash vs Css
Walau bagaimanapun, flash based website masih lagi mempunyai kelebihannya yang tersendiri terutama dari sudut interactivity yang mana website CSS/XHTML hanya dapat mengandungi interactivity yang terhad dengan menggunakan javascript framework seperti mootools. Flash website mempunyai kebebasan yang maksimum dari sudut interactivity dan animationnya. Flash website juga boleh mempunyai SEO yang baik sekiranya developer tersebut tahu teknik2 dan cara yang betul untuk menjadikannya Search Engine friendly. Tapi, untuk menjadikan Flash website mempunyai SEO yang baik bukanlah mudah dan harganya juga agak tinggi.
Memahami keperluan Client
Oleh itu, sekiranya client meminta kami untuk membina flash website untuk mereka, kami lebih suka untuk bertemu sendiri dengan client tersebut untuk memahami keperluan mereka dan kami akan mencadangkan solution yang terbaik menurut pertimbangan kami. Sekiranya website tersebut adalah lebih kepada berbentuk information, kami akan menyarankan website yang dibina adalah CSS website dan lebih fokus kepada SEO website tersebut. Dan sekiranya website tersebut mempunyai content yang kurang dan mahukan ia lebih bersifat interactive dan dynamic; dan SEO bukanlah menjadi priority mereka; barulah kami akan meneruskan untuk membina flash website dan lebih menumpukan kepada optimization kepada filesize untuk memastikan loading time untuk memasuki website tersebut tidak terlalu lama dan sesuai dengna kelajuan connection internet di malaysia. Ini adalah sangat penting kerana kebanyakkan pengunjung internet tidak suka untuk menunggu terlalu lama untuk memasuki sesebuah website. Tidak terkecuali kami sendiri. Kebiasaannya kami akan terus meninggalkan website tersebut sekiranya loading timenya melebihi 2 atau 3 minit.
Diharap artikel ini dapat memberi pendedahan umum berkenaan kelebihan dan kekurangan flash website dan css website supaya kita dapat menggunakannnya pada tempat yang sesuai mengikut kelebihannya masing-masing. Dan sebagai developer yang baik, adalah lebih baik sekiranya dapat menguasai kedua-dua webteknologi ini serta webteknologi yang lain seperti ASP, PHP, mySQL dan lain-lain.
sekian
Faisal Arba’in @ Sabau






November 18th, 2007 at 7:29 am
Pendedahan yang bagus.
November 18th, 2007 at 12:08 pm
web developer always know about this problem. only certain client & designer yang degil shaja yang berbuat-buat tak paham. di harapkan arkitel ini dapat membuka mata golongan yang sengaja berbuat-buat tak paham
November 18th, 2007 at 12:41 pm
Artiket yang bagus.. dan mudah di fahami. Hopefully ada bahagian 2 di mana akan menceritakan lebih detail lagi untuk setiap point.
memang orang akan suka pada flash platform, bagi mereka itu lah yang paling canggih sekali. Ye lah siapa tak suka benda bergerak gerak kan. All over again, i still prefer CSS platform untuk website.
November 18th, 2007 at 1:13 pm
tekong,
xleh ke kalo website developer letak hidden content (not visible kat flash base site) yg boleh disearch oleh search engine, while having flash interactive as visible content on that page?
November 18th, 2007 at 5:45 pm
refa: dalam SEO, dia ade 2 jenis. White Hat SEO ngna Black Hat SEO. Hidden content atau guna font yg sgt kecik dan lain2 adalah termasuk dlm black hat SEO yang mana kalau kantoi ngna google, google akan blacklist website serta domain tu. Dalam flash website, biasanya yang digunakan adalah alternate content yang mana content page tu akan digantikan oleh flash menggunakan javascript spt swfObject atau UFO. Berkenaan dgn flash website, kita kena consider jugak tentang deeplinking. cthnya, “www.mywebsite.com/about-us”. kalau dlm XHTML website dia akan terus jump pada page tersebut tapi utk flash, kalau nak wat dia jump terus ke page about us kita kena setting sendri.
November 18th, 2007 at 7:34 pm
perghh!!! leh sampai kene black list, ic ic
November 20th, 2007 at 12:50 am
kalau kena blacklist ngan google.. you better off dead
December 4th, 2007 at 3:32 pm
cantik tul sabau…heard about the black hat SEO, tapi tak tahu plak letak link kecik kecik kat bawah tuh consider as Black hat technic. Nasib tak buat lagi..
Some said it dangerous to play with black hat method,esp for newbie…but some internet marketer does used it for profit.
Menarik la post blog pasal CSS nih n off course Flash based website. Hopefully korang leh integrate both. so customer leh dapat the both benefit. As they said : ” Customer is always greedy”
December 5th, 2007 at 12:20 am
and customer always think they’re right and the developers doesnt have any.. huhu
December 26th, 2007 at 10:01 pm
[...] Flash website vs Css website [...]
December 29th, 2007 at 10:44 am
nice post.
Mmg betul la kita jumper dlu client and ambik tahu apa yang dia nak sebenarnya. Client nih macam2 jenis ader, So layan jer la. Kalau yang degil sangat tuh, bagi jer apa yang dier nak. Tapi bagi dgn warning sekali la.
Ckp pasal SEO nih, pada pendapat aku tak payah la bersusah payah wat onpage SEO. Wat sekadar cukup untuk Google tau aper keyword kita dah. (Letak keyword kat title n meta) . But focus pada offpage SEO. Website flash pon leh ranking tinggi ngan offpage SEO nih.
“Know your tools - Good Result. Creative with your tool - Awesomeness!”
my 2cents
December 30th, 2007 at 8:29 pm
tenkiu robotys atas satu ringgit anda. betul yg kita perlu meng-kreatifkan tool apa yang kita ada
December 31st, 2007 at 3:14 am
x blh buat 2-2 skali ke? flash buat popup, satu lagi html version. ok pe?
December 31st, 2007 at 12:05 pm
@hijz Boleh jer, lagi bagus. Tapi takyah wat 2-2 kuar serentak. Better wat javascript untuk check browser user tuh ader flash ker tak. Kalau ader, open website flash, kalau takder, open html. Tapi client kener bayar lebih la. Sebab kita kira wat 2 website.
January 1st, 2008 at 2:49 am
nak buat Flash yg SEO boleh je. cuma kena tengok bape budget client la. kalau client sanggup bayar, no problem