Why Malay Language?
Ramai yang bertanya mengapa kami banyak menggunakan bahasa melayu dalam penulis di dalam blog syarikat kami. Ada yang beranggapan ianya akan mengurangkan traffic kami terutama daripada pengunjung luar negara. Ada juga yang beranggapan ia adalah kurang formal dan tidak bersifat korporat. Bagi kami, penggunaan bahasa melayu di dalam penulisan kami adalah salah satu daripada strategi syarikat kami.
Mengenali target user dan objektif
Di dalam mengejar profesionalism dan trend dunia IT, ramai yang mengganggap penggunaan bahasa inggeris adalah satu kemestian di dalam penulisan di dalam website mahupun blog sehingga lupa target pembaca mereka. Bagi kami, kami cuba memahami keperluan pembaca kami serta objektif penulisan kami. Seperti yang telah disebutkan di dalam pos pertama blog kami, kami cuba untuk berkongsi ilmu yang ada pada kami kepada pembaca-pembaca semua terutamanya daripada warga tempatan ( warga malaysia). Kami sedar teramatlah kurang artikel2 serta tutorial di dalam bahasa melayu dan kami rasa adalah lebih baik sekiranya kami memenuhi keperluan ini. setakat ini, kami hanya menemui forum sifoo sahaja yang menyediakan alternatif ini dan telah berjaya mengumpulkan peminatnya yang tersendiri. Tambahan pula, terdapat banyak artikel2 serta tutorial yang sangat baik di dalam bahasa inggeris dan kami merasakan tidak ada keperluannya kami untuk menulis di dalam bahasa inggeris sekiranya artikel yang lebih baik boleh di dapati dengan mudah di website2 yang lain.
Memahami situasi tempatan
Kami juga akan banyak menumpukan artikel kami dengan keperluan dan kesesuaian tempatan. Sebagai contoh, di dalam tutorial kami mengenai flashlite, kami akan lebih memberatkan kepada flashlite 1.1 walaupun version yang terbaru adalah flashlite 3. Ini adalah kerana penggunaan handphone yang support flashlite 1.1 adalah lebih besar berbanding dengan flashlite 2, 2.1 serta 3 walaupun pada kami, membina applikasi untuk flashlite 2 serta 3 adalah lebih mudah berbanding flashlite 1.1 yang terdapat banyak limitation. Di dalam kerja-kerja kami berkaitan web, kami sangat menekankan optimization berkenaan filesize untuk memastikan ianya bersesuaian dengan kemampuan dan speed internet di Malaysia. Perkara ini adalah sangat penting untuk di fahami oleh semua developer di malaysia untuk menghasilkan kerja yang baik dan sesuai untuk user tempatan.
Kami bukan pejuang bahasa
Namun, kami bukanlah pejuang bahasa yang begitu strict kepada penggunaan tatabahasa yang betul. Kami lebih suka menggunakan bahasa yang mudah difahami dan user-friendly. Seperti yang saya nyatakan di atas, objektif penulisan adalah perkara yang menjadi priority penulisan kami.