Belajar Untuk Menghargai

s_mobile-phone1.jpg

Saya sangat berterima kasih kepada syarikat encik kerana telah membuat perisian ini. Akhirnya saya dapat selalu berhubung dengan isteri saya melalui sms,” ujar seorang pelanggan En.Muthu kegembiraan.

Kenapa pula?” En. Muthu tertanya. En.Muthu agak kehairanan melihat pelanggan itu begitu gembira sedangkan perisian tersebut hanya sebuah perisian biasa. Pelanggan tersebut menjawab, “Kerana Isteri saya hanya boleh membaca tulisan tamil sahaja”.

Kenapa awak tidak telefon sahaja. Kan lagi mudah.” cadang En. Muthu. Pelanggan itu tunduk lalu menjawab, “Sebab isteri saya seorang yang bisu. Tapi sekarang tak mengapa, sebab saya sudah ada perisian yang encik cipta.”. En.Muthu tersentak seketika dan mula menyedari bagaimana perisian ringkas itu dapat mengubah hidup seseorang.

Murasu System adalah sebuah syarikat yang telah menghasilkan perisian telefon bimbit yang membolehkan pengguna telefon bimbit menghantar SMS dalam bahasa/tulisan Tamil. Perisian ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi telah banyak dikeluarkan untuk bahasa-bahasa yang lain sebelum ini. Mungkin bagi kita perisian ini tidak berguna untuk kita. Begitu juga kepada En. Muthu Nedumuran walaupun syarikatnyalah yang telah mengeluarkan perisian tersebut. Masih segar dalam ingatan ketika seminar IPCC Mobile Content yang dianjurkan oleh MDeC, En. Muthu Nedumuran menceritakan peristiwa dialog antara dia dengan pelanggan tersebut semasa majlis pelancaran perisian itu. Perbualan yang memberi impak di dalam hidupnya.

Ketika itulah En. Muthu mula menyedari bertapa pentingnya perisian tersebut kepada sesetengah orang walaupun perisian itu kurang berguna kepadanya. Penghargaan pelanggan itu adalah lebih bermakna bagi En. Muthu daripada segala keuntungan wang yang diperolehi daripada penjualan perisian tersebut.

Belajar Untuk Menghargai Hasil Kerja Orang Lain

Kadang-kala bila kita melihat hasil kerja orang lain, mungkin kita merasakan ianya tiada nilai. Mungkin ia tidak bernilai bagi pandangan kita tetapi berharga kepada orang lain. Sekurang-kurangnya ianya sangat berharga kepada pembuatnya sendiri. Semasa al-Quran for PSP dilancarkan, ada yang merasakan ia tidak bermakna dengan anggapan tidak ramai orang yang mempunyai PSP maka ianya adalah sia-sia. Ada juga yang merasakan untuk apa kita membuat sesuatu yang telah ada sedangkan banyak lagi al-Quran boleh didapati dalam bentuk website sehinggalah perisian untuk PDA. Tetapi bagi PSP usergroup dari seluruh dunia yang beragama Islam, ia adalah satu benda yang sangat bermakna. Ia bukan sekadar sebuah perisan tetapi satu cetusan inspirasi kepada umat Islam yang lain. Banyak respon yang kami terima dari seluruh dunia berkenaan dengan project tersebut.

Belajar Untuk Menghargai Hasil Kerja Sendiri

Bagi sesetengah orang, ada yang berasa malu dan segan untuk menunjukkan hasil kerjanya sendiri. Walaupun kerja yang kita hasilkan itu tidaklah begitu baik atau bukanlah sesuatu yang baru, tetapi kita juga perlu menghargai dengan apa yang kita lakukan. Mungkin ia akan menjadi sumber inspirasi kepada orang lain yang akan membaiki apa yang kita lakukan. Mungkin juga ia akan mencetuskan satu perkara yang lebih baik daripada apa yang kita mulakan.

Kesimpulan

Oleh itu, janganlah kita memandang rendah kepada setiap hasil karya yang ada disekeliling kita serta yang dihasilkan oleh diri kita sendiri. Walau sekecil mana pun hasil yang dikeluarkan, Ia mungkin tidak bermakna untuk diri kita, tetapi mungkin memberi impak yang besar kepada orang lain.

Sekadar pandangan…

Faisal Arbain @ Sabau
2.03 am; 25 November 2007

3 Responses to “Belajar Untuk Menghargai”

  1. allia Says:

    ooo…padan mcm knal saja cerita en.muthu tu =p

  2. sabau Says:

    haha.. mmg la.. kisah benar tu. :P

  3. wanie Says:

    suke la post ni :) 110% true..

Leave a Reply