Jumpa otai² adobe dari Itali

minggu lepas, kami bersama-sama syed dan muaiz telah pergi ke singapura utk menghadiri seminar yg berkait rapat dengan Flash Lite. lagi lagi free, memang lagi kitorang suke.
penceramah jemputan adalah Giorgio Natilli, pengendali Adobe Usergroup Itali dan juga pakar dalam pembangunan aplikasi Flash Lite. Seorang lagi penceramah adalahVassilis Legakis dari Greece, seorang pakar dalam bidang C++juga dalam bidang perisian untuk handphone. seminar hari pertama adalah hari selasa, belajar integrasi Flash Lite dan C++. Giorgio dan Vassilis mendemonstrasikan diorang punya tic-tac-toe yang boleh dimainkan secara bluetooth tanpa perlu gprs connection. agak menarik. seminar tersebut diadakan di waterloo center, hanya beberapa minit dibelakang hotel tumpangan kami. dlm seminar tersebut juga diorang ada buat comparison antara flash lite, J2ME, dan juga beberapa bahasa pengaturcaraan yang lain termasuklah .net.ada jugak stefano virgilli, wakil dari adobe datang ke seminar hari ini.
( volume kena kuatkan sikit )
sesudah seminar itu, saya mendapatkan komentar dari Giorgio dan Vassilis berkenaan Al-Quran for PlayStation Portable. Mereka berdua sangat tertarik dengan aplikasi tersebut. ini kerana mereka selalunya melihat aplikasi utk handphone, tetapi bila melihat aplikasi flash untuk “non-Conventional Devices”, ini membuatkan mereka juga ingin meneroka sesuatu yg sama, aplikasi flash dlm psp.

keesokan harinya kami berempat pergi ke suntec tower 3. seminar pada hari rabu ini adalah berkenaan tatacara kaedah menggunakan Adobe CS3 dalam penghasilan applikasi handphone ( Flash Lite ). penceramah pada hari ini adalah Stefano Virgilli, pakar adobe photoshop dan juga Giorgio Natilli, dimana beliau akan mendemonstrasikan camaner flow mereka bekerja. bermula dengan stefano virgilli sebagai pereka grafik, beliau melukis kartun yg kiut termasukla posisi 180 degree horizontal. ada la animation dia gerak kiri kanan. banyak gak tips yang dikongsi. dah nama photoshop expert kan.

kemudian sampai giliran giorgio utk mendemonstrasi camane dari photoshop dia import masuk ke flash lite. walaupun dah tahu sebelum ini, tapi bila ade pakar/orang lain yang mendemonstrasikan, kadangkala kita boleh nampak berlainan cara untuk mendapatkan hasil yang sama. satu lagi perkara yang menarik adalah cara presentation diorang.presentation diorang sangatlah bersahaja tapi penuh dengan input.
kena perluaskan office ni.. nak buat tutorial room, ajar orang flash, photoshop, ape ape yang boleh diajar. “afterall, it’s all for fun”. hehe
December 4th, 2007 at 2:19 pm
Apo la yg korang terhangguk hangguk… dah upgrade nih jgn la tangkap movie pakai psp jer…beli la handycam best sket..org lain pun nak dgr dia nyer comment …ker elok letak sarikata cam DVD tuh ..
Above all ..tahniah on the works!…mmg best dapat tgk pro buat kerja..hopefully korang lak akan dijemput dan kendalikan seminat camtuh (@-@) amin .
Toward fun n profit -Win Win situation
December 4th, 2007 at 4:53 pm
takde korang, aku sorang jer terangguk2. Menggangguk utk menjaga hati mamat itu.:p konon2 faham la wakakaka
December 5th, 2007 at 12:20 am
fazla - yeah… win win situation
huzaifah - apekahhh ingatkan ikhlas.. wuwuw