Ada apa dengan Thermo

Adobe Codename Thermo

Bagi mereka yang selalu mengikuti perkembangan Adobe, project codename Thermo bukanlah benda baru. Thermo telah pun diumumkan oleh Adobe di dalam perhimpunan Adobe MAX Chicago yang lepas. Selain Thermo Adobe juga telah pun membuat pengumuman beberapa project lain yang sedang dibangunkan oleh Adobe seperti project codename Hydra dan flash player 10 codename astro.

Anda boleh melihat demo untuk Thermo di MAX dari youtube (part 1, part 2, part 3) atau di Adobe Edge yang baru sahaja dikeluarkan semalam. Secara ringkasnya, Thermo adalah applikasi yang akan membolehkan designer untuk membangunkan Flex application dengan mudah. Mereka hanya perlu membuat design mereka di dalam photoshop dan import PSD file tersebut ke dalam Thermo dan mula menjadikan design tersebut workable tanpa sebarang code. Thermo kemudiannya akan generate code daripada design tersebut kepada Flex project.


Selepas pengumuman Thermo di dalam MAX Chicago, banyak perbincangan antara AS3 Flex developer berkenaanThermo. Antara kebimbangan mereka ialah dengan kehadiran Thermo, kedudukan AS3 Flex developer akan sedikit tercabar kerana designer juga akan mampu untuk membangunkan Flex application yang sekarang ini memerlukan kemahiran di dalam AS3 . Antara perbincangan yang paling menarik boleh dibaca daripada blog Grantt Skinner.

Pada pendapat peribadi saya, Thermo mempunyai banyak Pro and Cons.Untuk designer, Thermo akan membolehkan designer untuk turut membangunkan Flex application. Untuk AS3 programmer pula, mereka masih lagi mempunyai banyak kelebihan kerana mereka mampu untuk extend functions tanpa terhad kepada limitation Thermo. Dan Thermo juga akan dapat cut down time Flex application developement bagi AS3 programmer. Thermo juga akan membolehkan designer dan Flex developer untuk bekerjasama dalam satu-satu project kerana code yang Thermo hasilkan adalah code yang dapat difahami dengan mudah oleh Flex developer.

Kesimpulan:

Kami juga menunggu Thermo dipublishkan. :D

One Response to “Ada apa dengan Thermo”

  1. blog://Flavert Media Lab » Blog Archive » Apa sudah jadi dengan Flash? Says:

    [...] Masa tu.. flow kerja akan bertambah² efektif… kot. Apa komen anda? Tapi satu yang saya tahu. Flash ini tiada penghujungnya. Semakin lama semakin menarik.  Kalau Developer ade Flex, Designer ade Thermo. Ada apa dengan thermo tuu? [...]

Leave a Reply