Agile Talk & kelas Ruby on Rails

agile.jpg

Khamis lepas kan ade talk pasal Agile Development Methodology yang disampaikan oleh Mr Kamal dari Ruby on Rails Sdn Bhd. Masa mula mula masuk, menganga gak sebab saya bukan dari background programming sangat. Tapi nasib baik bawak PSP, sempat gak la berwikipedia dalam talk tu, check istilah istilah yg digunakan. Antara istilah yang digunakan adalah “Waterfall Model“, dimana ia akan mengumpulkan keseluruhan resource, sumber, dan kemudian give it all one go. ( ape yg saya faham la ).”see as a big picture”.

Priority Release Planning

tapi berkenaan Agile Development, konsepnye mereka akan pecahkan kerja yang akan dibuat kepada pecahan kecil yang dipanggil iteration. so pelaksanaan iteration ini akan disusun mengikut priority. kira ada release planning. contohnye kalau buat satu framework, dia akan list out fungsi mana yang patut ada dahulu, fungsi kedua yang berkait rapat ngan fungsi pertama, dan seterusnye.. macam bercabang. macam pokok… daripada pokok tu, nnt keluar dahan² besar, kemudian dahan² kecil. so release deadline dia disusun mengikut priority.

Hubungan Client dengan Developer

agile juga menekankan hubungan antara client dan juga programmer. hubungan ini bukanlah hubungan cinta spektra mahupun samarinda, akan tetapi hubungan professional dimana ia menekankan komunikasi antara mereka. face to face communication. tapi client kena la flexible. selain itu ia menekankan konsep “keep everything simple as it could be”. buat hanya mengikut kehendak client. yang mana solution terbaik utk client haruslah dicadangkan tapi jangan buat benda/komponen yang diorang tak mintak. kat sini client akan bersama-sama developer untuk menyiapkan project tersebut.

Konsep Taxi Driver & Passenger

lagi satu konsep agile yang paling menarik adalah konsep Taxi Driver & Passenger. 2 programmer menggunakan 1 pc utk bekerja. taxi driver adalah programmer yang menggunakan pc dan passenger pula tengok apa yang taxi driver buat. tengok ape yg diprogramkan. passenger akan menegur taxi driver sekiranye terdapat kesalahan dlm programming. macam main kereta rally, sorang driver sorang lagi sebut je commands. walaupun nampak macam membazir tenaga sbb passenger takkan buat ape ape programming, ianya adalah sangat efektif. ini kerana, ia akan menjimatkan masa apabila taxi driver berasa segan nak chatting yang tak penting, surf internet yang bukan bukan ( macam forum lowyat bahagian Garage Sales :p ) , pendek kata buang masa depan computer sbb ada passenger yang akan memantau. adakalanya, kedua-dua taxi driver dan passenger akan dilihat berbual2 pasal kerja, akan tetapi cara ini diakui efektif sbb lepas diorang sembang, diorang clear nak pergi mana, nak programming macam mana. tapi, sebolehnye konsep ini hanya dipraktikkan oleh mereka yang mempunyai skill pada tahap yang sama. kalau skill lain, jangan bimbang, sebab nnt jadi macam cikgu dan pelajar, pastu sama sama terer, so beneficial pada company itu juga. tensen kat taxi driver kena slow sikit la. tp pastu taxi driver tu dah boleh jadi pemandu rally dakar challenge sebab passenger pun sama handal.

best gak talk ni.. dpt belajar sesuatu yang baru.

dan minggu ni, diorang ade workshop buat blog, guna ruby on rail. hari khamis, lepas maghrib. tengok

Date: 13th December 2007 (Thursday)
Time: 7:15 pm – 9:15 pm
Venue: FIT AR 0004 (Linux Computing Lab 1)
FREE ADMISSION

free nih.. jgn lepaskan peluang ya.

maklumat lanjut disini, IT Society MMU Cyberjaya

Sekian saja laporan saya, Ikhwan Nazri @ Tekong

Leave a Reply