Agile Development Talk

Ni ade satu talk. talk ini berkenaan kalau korang nak mempercepatkan pengeluaran hasil project korang. tak kisah la korang programmer ker designer ker atau student yg sedang bertungkus-lumus dan lemas membuat final year project, ataupun korang adalah salah seorang yg terlibat dlm pembangunan ni, ha meh la datang. terbuka kepada sesiapa sahaja yang berazam untuk tidak membuang masa dan ingin memendekkan tempoh kerja korang.

 

ape itu agile methodology.. ia adalah prinsip pelaksanaan yang akan membantu anda

  1. Memastikan projek/kerja rumah/kerja sekolah/ ape ape kerja la siap tepat pada waktunya
  2. merancang perlaksanaan projek/kerja dan juga merancang utk perlaksanaan selanjutnya
  3. menguruskan ’stakeholders dlm projek yang mana mereka mungkin bukan programmer/designer dll
  4. ia juga merangkumi bukan sahaja dlm pengaturcaraan software, tetapi termasuk creative content development.

Bertempat di

6th December, 2007(Thursday)
FITXR 0001 XR1005 (opp. Tau cafe)
7.15 pm. – 9.15 pm

Tell your friends or feedback via the Tulip Community event (poster) system or contact us: at Tulip Aidid (y! chadfricky) 019-6541333 or Sam (y! tulipsoss) or email webmaster@oss.mmu.edu.my

( kitorang pun tak pasti sangat amende ni.. jom tengok. jumpe disana lepas solat maghrib ya :D )

Original post  

Bacaan lanjut = Tulip - website komuniti Opensource

December 5th, 2007 by Tekong Posted in Minda, Web, Cool Stuff, Suke-suki |

Theme baru untuk FML

New theme for Flavert Media Lab

Akhirnya siap juga theme blog baru untuk Flavert Media Lab. Selepas beberapa ideation dan rujukan daripada pelbagai style dan layout blog-blog yang ada, akhirnya kami telah berjaya menghasilkan design blog yang baru. Terima kasih kepada Faiz Mustafa kerana membuat design asal dan concept untuk blog FML. Design ini sebenarnya telah siap sebelum kami bertolak ke Singapore, cuma belum siap sepenuhnya diconvert menjadi theme untuk wordpress. Kami berharap dengan design blog yang baru ini, lebih sedap mata memandang dan selesa bagi pengunjung-pengunjung blog kami untuk membaca setiap nukilan kami.  InsyaAllah selepas ini kami akan mula mempergiatkan lagi tulisan kami dengan input-input yang bermanfaat dan up-to-date. djaa ney~ :D

December 5th, 2007 by sabau Posted in Web, Suke-suki |

Jumpa otai² adobe dari Itali

_mg_81152.jpg

minggu lepas, kami bersama-sama syed dan muaiz telah pergi ke singapura utk menghadiri seminar yg berkait rapat dengan Flash Lite. lagi lagi free, memang lagi kitorang suke. :P

penceramah jemputan adalah Giorgio Natilli, pengendali Adobe Usergroup Itali dan juga pakar dalam pembangunan aplikasi Flash Lite. Seorang lagi penceramah adalahVassilis Legakis dari Greece, seorang pakar dalam bidang C++juga dalam bidang perisian untuk handphone. seminar hari pertama adalah hari selasa, belajar integrasi Flash Lite dan C++. Giorgio dan Vassilis mendemonstrasikan diorang punya tic-tac-toe yang boleh dimainkan secara bluetooth tanpa perlu gprs connection. agak menarik. seminar tersebut diadakan di waterloo center, hanya beberapa minit dibelakang hotel tumpangan kami. dlm seminar tersebut juga diorang ada buat comparison antara flash lite, J2ME, dan juga beberapa bahasa pengaturcaraan yang lain termasuklah .net.ada jugak stefano virgilli, wakil dari adobe datang ke seminar hari ini.

Continue reading »

December 4th, 2007 by Tekong Posted in Cool Stuff, Suke-suki, The Raise, Mobile Content, Flash |

Flash website vs CSS website

Kami memang telah sinonim dengan flash sejak daripada di universiti (Multimedia University) lagi. Banyak rakan-rakan yang merecommendkan kami kepada client sekiranya terdapat job untuk membuat flash website. Tidak hairan bagi kami bila apa yang biasa diminta oleh client adalah full flash website. Ini kerana telah menjadi satu persepsi di malaysia bahawa flash based website mempunyai “X-factor”. Dahulu kami juga berfikiran seperti itu sehinggalah kami di final year apabila kami menjalani internship di Josh Lim & Associates dan bertemu dengan firdauz (kini bekerja di Nuffnang) yang memperkenalkan kami kepada CSS.

Continue reading »

November 18th, 2007 by sabau Posted in Web, Suke-suki, Flash |

Why Malay Language?

Ramai yang bertanya mengapa kami banyak menggunakan bahasa melayu dalam penulis di dalam blog syarikat kami. Ada yang beranggapan ianya akan mengurangkan traffic kami terutama daripada pengunjung luar negara. Ada juga yang beranggapan ia adalah kurang formal dan tidak bersifat korporat. Bagi kami, penggunaan bahasa melayu di dalam penulisan kami adalah salah satu daripada strategi syarikat kami.

Mengenali target user dan objektif

Di dalam mengejar profesionalism dan trend dunia IT, ramai yang mengganggap penggunaan bahasa inggeris adalah satu kemestian di dalam penulisan di dalam website mahupun blog sehingga lupa target pembaca mereka. Bagi kami, kami cuba memahami keperluan pembaca kami serta objektif penulisan kami. Seperti yang telah disebutkan di dalam pos pertama blog kami, kami cuba untuk berkongsi ilmu yang ada pada kami kepada pembaca-pembaca semua terutamanya daripada warga tempatan ( warga malaysia). Kami sedar teramatlah kurang artikel2 serta tutorial di dalam bahasa melayu dan kami rasa adalah lebih baik sekiranya kami memenuhi keperluan ini. setakat ini, kami hanya menemui forum sifoo sahaja yang menyediakan alternatif ini dan telah berjaya mengumpulkan peminatnya yang tersendiri. Tambahan pula, terdapat banyak artikel2 serta tutorial yang sangat baik di dalam bahasa inggeris dan kami merasakan tidak ada keperluannya kami untuk menulis di dalam bahasa inggeris sekiranya artikel yang lebih baik boleh di dapati dengan mudah di website2 yang lain.

Continue reading »

November 18th, 2007 by sabau Posted in Suke-suki |